top of page
ummisyairah325

Proses Bimbingan dan Penasihatan


Fasa 1 ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar



Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Misalnya, guru yang mengajar itu lebih memahami perwatakan pelajarnya sama ada mereka seorang yang aktif atau tidak guru yang mengajar mereka dapat mengetahuinya. Oleh itu, guru itu akan mengetahui jika pelajarnya mengalami masalah atau tidak hanya dengan perbezaan perwatakan pelajarnya. Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.


Fasa 2 adalah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan

Pada fasa ini, semua guru mempunyai beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan yang dibantu dan diterapkan melalui kursus, bengkel, seminar, program dan seumpamanya. Guru yang terlibat dengan kursus, bengkel dan sebagainya akan diberikan pelbagai jenis kemahiran antaranya adalah kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah. Oleh itu, guru akan lebih peka terhadap persekitaran yang serta dapat membantu pelajar yang mengalami masalah itu terlebih dahulu sebelum pelajar itu memberitahunya. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.


Fasa 3 adalah proses mengenali pelajar

Pada fasa ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. Biasanya, pelajar itu akan datang sendiri kepada guru atau guru mengesannya berdasarkan pemerhatiannya.


Fasa 4 adalah proses membimbing pelajar

Pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru merupakan pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru. Pelajar juga lebih selelsa dibimbing secara individu bagi mengelakkan daripada berlaku kebocoran masalahnya kepada pelajar lain. Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.


Fasa 5 adalah analisis penilaian

Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu. Fasa yang terakhir merupakan fasa yang agak penting untuk guru dalam membaiki cara bimbingan dan penaasihatannya kepada pelajar yang tidak berjaya dibimbing.


7 views0 comments

Comentarios


bottom of page