top of page
ummisyairah325

Faktor Utama Guru Menjadi Pembimbing dan Penasihat Pelajar




1) Pencapaian akademik

Guru mempunyai tanggungjawab atau peranan yang sangat penting untuk murid. Ini kerana guru perlu memastikan pencapaian akademik pelajar sentiasa dalam keadaan yang baik dari segi pelajaran mahupun disiplin mereka. Pelajar perlu dibimbing bagi mencapai pengetahuan dan tingkah laku yang menyumbang kepada pembelajaran berkesan. Selain itu, pelajar juga perlu dibimbing bagi mencapai perancangan pendidikan dan kehendak akademik di sekolah. Ini kerana pelajar merupakan individu yang sangat penting untuk sekolah bagi mencapai objektif yang sepatutnya. Jika pelajar itu berjaya dalam pelajarannya sekali gus sekolah juga akan mendapat nama. Oleh disebabkan itulah guru sangat diperlukan dalam membimbing dan menasihat pelajar.


2) Mengatasi kemerosotan akademik

Guru merupakan individu yang paling rapat dengan pelajar terutama guru subjek yang mengajar mereka. Dengan itu guru dapat memantau dan melihat kemerosotan disiplin pelajar sama ada ketika di dalam kelas atau pun tidak. Jika seseorang pelajar itu mengalami kemerosotan disiplin mereka akan dikenakan tindak oleh guru disiplin. Oleh itu, guru perlu bertindak terlebih dahulu dalam memberi teguran dan nasihat kepada pelajar agar mereka dapat membaiki masalah disiplin tersebut. Masalah disiplin ini selalunya akan menjejaskan pembelajaran pelajar itu. Ini akan menyebabkan pelajar berhadapan dengan pelbagai masalah yang memerlukan bimbingan dan nasihat daripada seorang guru itu. Selain itu, pelajar yang mengalami kemerosatan akademik akan menjejaskan persekitaran dan pendidikan di sekolah. Setiap tindak tanduk pelajar yang berada di sekolah akan diperhatikan oleh semua pelajar lain. Jadi ini akan menyebabkan pelajar lain mempersoalkan tindakan pelajar yang bermasalah tersebut kepada guru. Oleh itu, pelajar tersebut memerlukan bimbingan yang sewajarnya daripada pihak guru agar masalah kemerosotan akademik ini dapat diatasi dengan baik.


3) Pemilihan bidang pengajian

Guru merupakan tempat untuk pelajar jadikan panduan dalam pemilihan bidang pengajian ketika pelajar melonjak naik ke tingkatan 4. Ini kerana ketika pelajar ingin memasuki ke tingkatan 4 mereka perlu menentukan aliran pengajian mereka seperti aliran sains atau sastera. Oleh itu, guru mestilah sediakan maklumat dan kemahiran bagi membolehkan pelajar membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan kemahiran yang diketahui oleh mereka. Ketika ini guru akan menjadi faktor utama kepada pelajar sebagai pembimbing dan penasihat mereka dalam membantu mereka membuat pemilihan bidang pengajian sama ada ketika kenaikan ke tingkatan 4 atau ke universiti.

8 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page