top of page
ummisyairah325

Bimbingan, Penasihatan dan Mentoring

Nasihat merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki sikap serta tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Penasihatan sangat penting di sekolah kerana mampu mengatasi masalah tekanan atau tingkah laku pelajar daripada pemikiran negatif kepada pemikiran yang positif. Kaunseling sebenarnya cuba membentuk kesihatan mental supaya pelajar berasa selesa dengan diri sendiri, berfikiran positif terhadap orang lain dan keupayaan diri sendiri. Kaunseling penting bagi membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga strategi yang betul dalam melakukan sesuatu. Di setiap sekolah, guru perlu memainkan penting dalam membimbing dan menasihati murid ketika mereka mengalami masalah tekanan, pelajaran, kehidupan dan sebagainya. Kebanyakkan sekolah sekarang telah menubuhkan pelbagai cara untuk membantu murid yang mengalami masalah tersebut. Oleh itu, khidmat bimbingan, penasihatan, mentoring dan kaunseling sangat mempengaruhi murid dalam menyelesaikan masalah, memantau, menunjuk arah dalam kehidupan mereka.


Penasihatan

Penasihat merupakan satu kaedah yang paling cepat untuk mengatasi permasalah murid di sekolah. Dengan kaedah penasihatan ini, ia dapat meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan positif kepada pelajar tersebut. Guru merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan dalam menjadi contoh kepada murid dalam menolong, memberi pandangan atau menasihati mereka. Ini kerana penasihatan memberikan fokus lebih kepada permasalahan yang dihadapi dalam diri individu yang bermasalah. Oleh itu, khidmat penasihatan sangat penting untuk membantu murid di sekolah.


Bimbingan

Bimbingan merupakan salah satu kaedah untuk membantu murid untuk membuat pilihan yang terbaik dari segi peribadi, sosial, akademik dan kerjaya. Ia juga merupakan satu proses untuk membantu pelajar menentukan dan membuat sesuatu keputusan dalam hidup mereka. Murid selalunya akan mengalami masalah dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka seperti masalah dalam melanjutkan pengajaran, susah untuk memilih atau membuat keputusan yang melibatkan tentang pelajaran dan juga keluarga dan sebagainya. Oleh itu, peranan guru penting bagi meyakinkan pelajar dengan keputusan yang dibuat olehnya.


Mentoring

Mentoring merupakan khidmat dalam memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan dalam diri murid tersebut. Dalam khidmat mentoring ini, ia melibatkan dua perkara iaitu mentor dan mentee. Mentor adalah terdiri daripada seseorang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada individu yang memerlukan atau lebih jelas lagi menor adalah seorang guru itu. Manakala mentee adalah murid itu sendiri yang menerima pertolongan daripada guru atau dipanggil mentor. Proses ini telah pon dilakukan di kebanyakkan sekolah. Mentor hanya melibatkan satu atau dua orang sahaja manakala mentee terdiri daripada tujuh hingga dua belas orang pelajar.


6 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page