top of page
ummisyairah325

Kesan Pelaksanaan Bimbingan dan Penasihatan




Pelajar

Kesan pelaksanaan bimbingan dan penasihatan sangat mempengaruhi pelajar di sekolah. Ini kerana bimbingan dan penasihatan membolehkan pelajar belajar untuk memahami persekitaran sekolah supaya mereka sentiasa berwaspada dan bertingkah laku dengan baik kepada semuanya. Selain itu, pelajar juga dapat memahami dirinya dan orang lain dalam semua aspek seperti perwatakan, kemahiran atau bakatnya dalam sesuatu perkara supaya masing-masing dapat hormat-menghormati antara satu sama lain. Seterusnya, kesan pelaksanaan bimbingan dan penasihatan kepada pelajar di sekolah dapat memberi kesedaran terhadap perkembangan akademik dan kerjaya mereka. Ini kerana bimbingan dan penasihatan yang diberikan kepada pelajar akan memberi sedikit perubahan kepada diri pelajar itu sendiri dari semua segi aspek. Oleh itu, pelaksanaan bimbingan dan penasihatan ini mestilah dijalankan dengan bersungguh-sungguh di semua sekolah.


Guru

Pelaksanaan bimbingan dan penasihatan ini memberikan kesan yang besar diantara pelajar dan gurunya. Ini kerana guru boleh mewujudkan hubungan yang mesra antara pelajar. Jika guru dan pelajar mempunyai hubungan yang baik maka pelaksanaan bimbingan dan penasihatan dapat dijalankan dengan mudah dan baik. Di samping itu, kepentingan bimbingan dan penasihatan dalam kalangan pelajar juga dapat dijalankan dengan baik dalam menyelesaikan konflik yang berlaku, meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat keputusan, dapat membantu pelajar membuat pemilihan dan persediaan dalam kerjaya dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan bimbingan dan penasihatan memberikan kesan yang sangat baik terutamanya dalam memahami kepentingan bimbingan dan penasihatan dalam kalangan pelajar mahupun guru itu sendiri.


Sekolah

Pelaksanaan bimbingan dan penasihatan juga memberi kesan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di sekolah. Ini kerana bimbingan dan penasihatan yang di berikan oleh guru kepada pelajarnya akan melahirkan pelajar yang sahsiah dalam akademik, mempunyai disiplin yang baik ketika belajar, melahirkan pelajar yang saling menghormati antara guru dan pelajar, antara pelajar dengan pelajar dan sebagainya. Suasana pembelajaran yang baik di sekolah akan memberikan kesan kepada sekolah kerana dapat melahirkan guru dan pelajar yang dapat membangunkan nama baik sekolah. Guru dan pelajar sangat penting dalam menaikan nama sekolah. Oleh itu, pelaksanaan ini sangat berguna kepada semua yang terlibat dengan sekolah.


Institusi keluarga dan masyarakat

Dalam pelaksanaan bimbingan dan penasihatan ia juga meninggalkan kesan kepada keluarga dan masyarakat. Ini kerana dalam kesibukan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak mereka, guru merupakan individu yang banyak memberi bimbingan dan penasihatan kepada pelajar. Oleh itu, pelaksanaan ini dapat memberi tumpuan kepada pembangunan manusia yang bermoral, berakhlak dan berhikmah yang seterusnya dapat mewujudkan keluarga penyayang dan masyarakat yang penyayang. Disini kita dapat melihat bahawa pelaksanaan bimbingan dan penasihatan memberikan kesan yang penting kepada semua pihak sama ada pelajar, guru, sekolah dan seumpamanya.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page